Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, November 28, 2013

Tinjau Redah Tanah Che’gu :-)

Aktiviti hari ini sedikit lasak. Ewahh.. Idoknye lasak. Cuma meredah mengelilingi tanah seekar di Ulu Chepor milik guru subjek Reka Cipta teman masa di Clifford dulu, Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin.



 Pandangan dari atas bukit

                                                                Pandangan dari kaki bukit

Aktiviti : Cadangan Projek Pemagaran Empat Penjuru Sempadan Tanah dengan Pepohon Tamar
Pemilik : Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin
Keluasan : 1 Ekar
Lokasi : Ulu Chepor, Chemor


Pandangan dari sisi atas bukit

Banyak fasa perlu dilalui sebelum pepohon tamar boleh menjadi ‘penghuni’ di situ. Tanah perlu ‘diterangkan’. Sesiapa yang ada ‘backhoe’, boleh hubungi kami, Tuan Haji Rajuddin memang sangat memerlukannya.


Penerangan Tuan Haji Rajuddin tentang tanah beliau

Dalam perjalanan mendaki tanah yang berbukit, terdapat kesan tapak kaki dan bekas sondolan tanah oleh ‘kerbau pendek’. Memang betul pun, laju sahaja kelibatnya berlari-lari anak masuk ke hutan. Mujur si ‘kerbau pendek’ itu tidak menuju ke tempat kami, kalau tidak terpaksalah teman menggunakan teknik terakhir dalam aksi ‘bertempur tanpa senjata’ iaitu ‘langkah seribu’. :-)



Jalan masuk yang akan ditar

Tanah di sini subur, bersempadan dengan tanaman getah, sawit dan gaharu. Terdapat kolam takungan air untuk penyiraman tanaman kelak. Cuma perlu dibina pam air untuk proses penyiraman, kalau tidak, jenuh nak cedok.

Kolam takungan air

Selepas aktiviti tinjauan, dibincangkan mengenai kaedah dan kos penanaman. Alhamdulillah, Tuan Haji Rajuddin pada dasarnya bersetuju tetapi perlu ada fasa perbincangan yang lebih terperinci selepas ini.



Tuan Haji Rajuddin sedang meneliti dokumen yang kami sertakan dalam perbincangan



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Sebelom berangkat pulang, beliau hadiahkan teman 15 biji deroyan dari duson beliau di Manong. Kalo rope ini gayenya, tinjo tanah ari-ari pon idok mengape. :-)


Sedekah jariah deroyan daripada Tuan Haji Rajuddin

No comments: