Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, March 5, 2014

Pepohon Tamar dan Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Apakah hubungan Pokok Kurma SYFUL TAMAR dengan DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN..? Begini ceritanya..

Selepas menyampaikan ceramah dan kuliah Dhuha pada 1 Mac 2014 di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Meru, Ipoh, Dato' yang diiringi Ustaz Azhan Bin Ishak dan delegasi KoTaRaJa, sudi menanam 3 daripada 4 Pokok Kurma yang diwakafkan oleh para Pewakaf SSM Perak. Lokasi penanaman berada di laluan tapak surau dan tempat meletak kenderaan baru yang bakal dibina tidak lama lagi.

Memisahkan potongan lubang terakhir sekeliling beg poli
  
Pokok Ketiga : Perletakan dengan lemah lembut sambil berselawat di lubang penanaman.

Pokok Ketiga : Menarik beg poli juga dengan lemah lembut sambil berselawat. Petua ini bagi menzahirkan kasih sayang kita kepada pokok.

Pokok Ketiga : Mengambus tanah dengan lemah lembut sambil berselawat di lokasi penanaman 

Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man bersama 'Chief de Mission', Tuan Mustafa Kamal.

Moga penanaman yang dilakukan sendiri oleh tangan Dato' ini, dikurniakan Allah keberkatan dan kesuburan Pepohon Tamar agar segar bugar serta mampu mengeluarkan hasil yang membuak-buak kelak.

Terima kasih Dato', terima kasih warga kerja SSM Perak dan tahniah KoTaRaJa. Anda semua 'awesome'..!  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Nantikan kelak gambar-gambar yang lebih 'sharp' daripada delegasi KoTaRaJa dan Pusat Motivasi At Taqwa. :-)

No comments: