Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, April 3, 2014

1/3 Ekar Ajwah Milik Dr. Hazlan

1 April 2014 - Pagi kami membersih tanah lot milik Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) seluas 70'x90' bersebelahan dengan Pusat Pelupusan Al-Quran juga milik KOMAS di Manjoi, bagi kerja-kerja penanaman pepohon tamar di situ.

Lepas Zohor pula kami bertolak ke Sungai Buloh bagi bertemu mesra Dr. Hazlan Hamzah, pemilik empayar Ibnusina Resources Sdn Bhd yang juga merupakan doktor klinik beliau di Kuantan.

Sungguh merendah diri Dr. Hazlan dalam pergaulan dan percakapan. Tidak terasa jurang taraf ketika berbicara dan berdiskusi dengan beliau.

Walaupun tidak pernah bertemu sebelum ini, hanya berkenalan melalui internet dan telefon, beliau optimis membuat bayaran penuh melalui akaun Syful Tamar ketika membuat tempahan pokok kurma Ajwah bagi penanaman keluasan 1/3 ekar tanah beliau di Kemaman..! Kami bersyukur limpahan perspektif kepercayaan kurnian-Nya terhadap kami.  :-)

Beliau maklumkan dengan teruja, ini adalah pertama kali dalam sejarah beliau sebagai seorang doktor dan 'Big Boss', punyai masa yang sangat terluang untuk bertemu dengan kenalan apabila 'out-station' ke Lembah Klang. Kuasa Allah kan, dipermudah segala urusan.  :-)

Beliau maklumkan lagi, segala persoalan beliau tentang pepohon tamar selama ini terjawab sudah. Sungguh, kami tak lokek berkongsi info tentang pepohon tamar. Kita saling berkongsi manfaat.  :-)

Disebabkan itu juga, beliau ‘sapu bersih habis’ stok simpanan pokok kurma lain spesis Deglet Nour, Safia dan Mariami yang kami tak sengaja bawa sekali dalam kereta termasuklah 4 liter supplimen BIO-ORGANIK khusus bagi tanaman kurma yang masih ‘bolen’, tidak ‘berbaju’, sebab label belum siap. :-)  Rezeki kan. Lain kali pertemuan dengan Dr. Hazlan, kami nak naik lori 3 tan lah..! Ala, gurau pun tak boleh..  ;-p
 
Acara memuat masuk Pokok Ajwah ke kereta Dr. Hazlan

Kedudukan suku bahagian pokok ketika dimuat masuk

Dr. Hazlan (berkemeja biru)



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen BIO-ORGANIK..?  :-)  Ini pautannya http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/beraksi-bolen.html
— at Restoran Jejantas Sungai Buloh, PLUS.

No comments: