Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, June 30, 2014

Pemilikan oleh Tuan Sallehudin Kassim


28 Jun 2014 - Tuan Sallehudin Kassim, anak jati Kelate yang kini bermastautin di Lenggong. Beliau merupakan individu kedua terakhir yang memiliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia', sebelum Syaaban diganti Ramadhan 1435 H.


Pertemuan pertama sebelum ini di Kuala Kangsar, kami berkenalan dan saling berkongsi info serta pandangan tentang bidang 'Hang Changkhol'. Pertemuan kedua kali ini pula di Taman Bukit Senyum, Lenggong menjodohkan Tuan Sallehudin dengan 2 pohon tamar Ajwah yang mahu ditanam di dalam pasu dan 2 liter supplimen BIO-ORGANIK untuk kegunaan 2 pohon Ajwah tersebut.

Setahun dua lagi beliau akan pulang ke Kelate. Beliau mahu bawa bersama segerombolan spesis-spesis tamar yang lain bagi menempatkan pepohon tamar itu di tanah beliau di negeri Serambi Mekah kelak. Insha Allah, dipermudahkan segala urusan baik-baik Tuan.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Siapakah individu terakhir dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sebelum memasuki Ramadhan 1435 H..? 

No comments: