Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 18, 2014

"..Sesubur Bumi Madinah.."

16 Jun 2013 - Lengkap sudah apitan pintu gerbang Kolej Vokasional Leboh Cator (KVLC) dengan Pepohon Ajwah. Kali ini di bahagian kanan pintu gerbang, diwakafkan oleh komuniti KVLC sendiri. 

Ini pautan kupasan penanaman di KVLC sebelum ini :http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/pewakafan-di-kvlc.html

Penanaman disempurnakan oleh Ketua Pembantu Tadbir KVLC, Tuan Saedon. Harapan Tuan Saedon moga pohon tamar ini mengeluarkan hasil sebelum persaraan beliau kelak. 

Apa yang menarik perhatian kami adalah doa beliau selepas selesai penanaman. Begini doa penuh pengharapan tersebut :

"Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Kau jadikan tanah kami yang ditanam dengan pepohon tamar ini sesubur bumi Madinah yang penuh barakah. Moga membuahkan hasil kelak."

Wow.. Tuan Saedon faham akan konsep yang pernah dimaklumi mentor kami, "Alang-alang berdoa minta pada yang Maha Kuasa Memberi, mintalah perkara yang BESAR-BESAR, yang paling 'best' untuk dunia dan akhirat."

Kami telah 'import' doa tersebut untuk disenarai dan dilaksanakan dalam SOP penanaman tamar oleh kami selepas ini. 


Terima kasih pewakaf yang bermurah hati, 'viral' pahala anda Insha Allah berterusan sehingga kiamat. 

Terima kasih Tuan Saedon atas kerjasama, 'viral' pahala perkongsian doa Tuan yang kami gunapakai itu Insha Allah membantu anda kelak di akhirat. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moh berwakaf pepohon tamar. 

No comments: