Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, September 21, 2014

Pokok Kurma Wak Biki


Inilah antara gambar yang kami sangat nantikan. Dari Bukit Kepong datangnya, kiriman Cik Ct Normasitah, anakanda kepada Tuan Haji Amat Sabiki. 

Manakan tidak ternanti-nanti, kerana pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' oleh Tuan Haji merupakan pemilikan yang tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1 ekar keluasan tanah; 60 pokok. 

Pautan berikut memberi pencerahan tentang tatacara penyerahan pemilikan tersebut pada April 2014 : http://syfultamar.blogspot.com/2014/04/misi-ipoh-bukit-kepong-jb-puchong-ipoh.html

Menurut Cik Ct lagi, bapanya melaksanakan penanaman hingga menaiki bukit di belakang rumah mereka. Semua Pokok Kurma itu sihat dan segar bugar serta ada yang lebih tinggi daripada di dalam gambar. Dan yang hebatnya mereka hanya menggunakan Supplimen BIO ORGANIK yang diborong tempoh hari bagi menjamin kesuburan Pepohon Tamar mereka. 

Apa lagi Puan Suhaila Ella dan Tuan Alif Aizat, nanti bila-bila balik kampung, jenguk-jenguk tau sayup saujana Pepohon Tamar Wak Biki tu ya. Kami nantikan laporan lengkap anda kelak. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi penekunan lanjut tentang kefungsian dan keberkesanan supplimen BIO ORGANIK, sila klik pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

No comments: