Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, October 10, 2014

Hang Kebun Anggun


Selamat datang Puan Ummi Diera, anggota baru jemaah niaga Syful Tamar. Beliau bakal menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang pengurusan tertinggi.
Namun kami kerah tenaga dan keringat beliau di medan penanaman pada pagi tadi. Ini adalah sesi turun padang untuk beliau bagi mendasari jerit perih perlaksanaan penanaman Pokok Kurma.

Syukur, walaupun kelesuan, beliau berjaya menanam 20 pokok daripada 78 Pokok Kurma Madu di SMKA Kerian. Apa yang menariknya, jawatan terakhir beliau adalah dalam bidang pentadbiran, bersejukan dan berselesaan di pejabat berhawa dingin..! Dan apa yang menariknya lagi, hari ini merupakan hari pertama lantikan rasmi beliau sebagai delegasi kami..! Tahniah Puan Ummi Diera..! 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Berbaki 1 lagi pokok bakal ditanam pada minggu hadapan. Ada majlis simbolik penanaman yang direncanakan oleh kami bersama pihak SMKA Kerian. Tungguuuu.... 

No comments: