Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 13, 2014

Pokok Kurma Naik Vellfire

9 Oktober 2014 - Vellfire hitam tersebut, betul-betul 'parking' berhampiran pintu masuk Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh, tatkala senja mengorak tiba. Wow, siapa pula ni ya..?

Disusuli selepas itu, kereta Pengurus Pembangunan dan Penjenamaan kami, Tuan Mustafa Kamal Bin Mat Isa. Oh, kedatangan empunya Vellfire hitam itu diseliapandu oleh beliau rupanya. 

Tuan Syukri bersama pemandu, dari Alor Setar singgah ziarah. Kedah naa..

Walaupun Tuan Syukri berada pada kelas tersendiri, namun peribadi beliau dalam pertuturan sangat-sangat tertib dan mesra. Jelas terzahir keikhlasan dan sifat merendah diri beliau.

Pemilikan beliau menjelang Maghrib pada hari tersebut adalah 2 Pokok Kurma Ajwah, 8 Pokok Kurma Madu dan 2 botol Supplimen BIO ORGANIK 500ml. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Jika diizinkan Allah, dalam pertemuan dengan Tuan Syukri kelak, kami tekad tidak mahu terlepas lagi bergambar dengan individu hebat itu. Sebab terlupa nak berbuat demikian tempoh hari. Aduyaii... 

No comments: