Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, November 12, 2014

Gem of the Jungle

4 November 2014 - "Pusat latihan ke, resort ni..?" Terpacul spontan kata-kata salah seorang daripada kami, tatkala melepasi pintu utama Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi, Pulau Pinang.

Manakan tidak, terpampang di hadapan mata hingga sayup kejauhan di tanah seluas hampir 80 ekar itu dengan keindahan lanskap yang dipelopori pokok sawit dan tanaman nenas madu.


Juga terdapat Taman Herba berserta dengan papan informasi bagi setiap pokok herba, dusun muda pelbagai pohon buah, susunan pokok bunga berkelompok cantik mengikut spesis, dan kesesuaian warna cat bangunan, walaupun bangunan di sini merupakan bangunan lama.



Tapi apa yang lebih mengujakan sebenarnya adalah, tiada langsung sampah yang berselerakan atau kelihatan..! Ya, betul..! Di tanah seluas ini..!

Apa yang lebih menariknya lagi, penggerak misi dan visi aspirasi situasi tersebut adalah daripada cetusan idea seorang wanita yang punyai dimensi fikir di luar kotak, menongkah arus keluarbiasaan..!



Menurut wanita tersebut, Puan Norhuda Abd Razak (tudung hitam), sewaktu mula menerajui ILKM Jawi pada 2010, ILKM Jawi dalam keadaan yang ramai orang tidak berkeinginan langsung untuk kunjung tandang. Tambahan pula lokasinya terletak di pekan kecil. Pinggiran pula tu.



Menurut Pengarah ILKM Jawi ini lagi, beliau melakukan transformasi sedikit demi sedikit dari segi keindahan lanskap dan bangunan serta menaik taraf sistem pekerjaan dan perkhidmatan yang lebih bersistematik di kalangan warga kerja di situ.

Kami juga turut dibawa melawat pejabat pentadbiran, hotel penginapan peserta latihan dan dewan makan. Perrgghh.. Tak terjangkau dengan taipan kata-kata untuk gambarkan garapan ilham beliau.



Hasil tindakan luar biasa beliau di sebuah 'pekan koboi' yang kian membangun ini, bolehlah dikatakan ILKM Jawi telah menjadi bak petikan kata pujangga Inggeris, "Gem of the Jungle". Inilah salah satu tarikan yang bakal manggamit pelancong ke Jawi. 


Sungguh banyak perkongsian yang bermanfaat dan bermotivasi sepanjang beliau mendampingi kami sejak 9.00 pagi hingga menjelang Zohor. Tidak disangka sebenarnya, kehadiran kami sangat diraikan. Dah macam Super Supreme VIP pula kami rasa. 


Kami kira, anda juga perlu cari peluang untuk berkunjung tiba ke ILKM Jawi. Saksikan dan dengari sendiri perkongsian secara 'live' oleh Pengarahnya. Bertindak sekarang..! Tidak perlu tunggu sehingga selesai penanaman ratusan Pokok Kurma pelbagai spesis yang bakal ditanam selewat-lewatnya bulan depan! Apa-apa pun, pastikan terlebih dahulu berhubung dengan pihak ILKM Jawi dengan nyatakan tujuan kedatangan anda dan modus operandi lawatan tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih Tuan Nasaruddin (baju merah berkopiah), wakil kami bagi Wilayah Utara yang sudi turut serta luang masa dalam lawatan diskusi ini. 

No comments: