Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, January 27, 2015

Kolaborasi Lelongan Amal

24 Januari 2015 - Kami turun berkempen dalam lelongan amal Tabung Bencana PERDASAMA Perak, sempena Hari Pembukaan BUTIK LANGSIR AZIATI di Arked MARA, Kuala Kangsar. Syukur, sambutan dan sokongan yang diterima sangat menggalakkan. smile emoticon


Pemilik butik tersebut, Puan Aziati (baju kurung merah) mengelola lelongan amal langsir dan sarung bantal baru. Tuan Muhammad Haznul (baju hijau), mewakili Perdasama Perak, mengepalai lelongan amal pakaian dan barangan terpakai. Dan kami pula menyelit satu Pokok Kurma Madu, yang kebetulan kami bawa bersama dalam bonet kereta.

Lelongan amal langsir dan sarung bantal, laku keras 'tak hengat'. Pakaian dan barangan terpakai berbaki 1/3 sahaja daripada kuantiti asal. Manakala Pokok Kurma Madu tunggal dimiliki oleh Puan Azmah dari Seri Manjung.

100% hasil daripada jualan amal tersebut dimasukkan ke dalam Tabung Bencana PERDASAMA Perak. Bakal diserahkan oleh rombongan Perdasama Perak sendiri kepada penduduk yang terjejas banjir di Kelantan dalam masa terdekat ini.

Terima kasih dan tahniah BUTIK LANGSIR AZIATI dan Perdasama Perak atas penganjuran lelongan amal ini. Terima kasih dan tahniah juga pengunjung yang bukan sekadar memeriahkan majlis pembukaan, malah turut sama menyumbang wang tunai ke dalam Tabung Bencana PERDASAMA Perak.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi sesiapa yang ingin turut menyumbang, samada wang tunai mahupun barangan lain, boleh terus hubungi Ketua Unit Tabung Amal PERDASAMA Perak, Tuan Haznul di talian 017.552.0039
 — with Ummi Dieraat Arked Mara Kuala Kangsar.

No comments: