Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 9, 2015

Kurma Gelung Konkrit


Menyantuni Pokok Kurma yang tersergam indah dalam gelung konkrit di surau RPA3, Jalan Kenas, Kuala Kangsar. Mengingatkan kami kepada Pepohon Tamar Ajwah muda, simbolik penanaman perasmian Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (U) yang juga turutn 'menginap' di gegelung konkrit.

Pada pengamatan kami, Pokok Kurma itu subur dan segar bugar. Dedaun yang sihat tumbuh mencanak. Cantasan pelepah juga menepati piawaian.

Cumanya, boleh diperbaiki lagi tentang kaedah merumput, pembajaan organik dan penjagaan berkala yang lain khusus untuk tanaman Kurma.

RPA3, Jalan Kenas merupakan tempat membesar dan berjemaahnya TuanKenny Wan serta Tuan Lokman Man. Mohon inisiatif Tuan berdua apabila sesekali pulang ke kampung halaman agar mempraktiskan penambahbaikan tentang penjagaan serta pembajaan Pokok Kurma seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html, dan kongsikan kepada para jemaah surau tersebut.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah warga RPA3, Jalan Kenas atas kurniaan-Nya bagi pemilikan Pokok Kurma subur di surau sekalian anda. 

No comments: