Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, January 27, 2015

Kurma Simbolik Kerajaan Negeri Melaka

23 Januari 2015 - "KUNJUNGAN KASIH DAN SOLAT JUMAAT TYT". Itu tema program kerajaan negeri Melaka sempena lawatan Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakub, Yang Dipertua Negeri Melaka ke masjid baru, Masjid Al-Hasanah di DUN Sungai Rambai. TYT berkenan membuat lawatan di sekitar dalam dan luar masjid, bagi meninjau senibina serta lanskap masjid. Dan seterusnya menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat DUN Sungai Rambai.



Selepas solat Jumaat, TYT bersama-sama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Bin Hj Haron dan EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, YAB Datuk Hasan Bin Abd. Rahman serta 4 lagi tetamu kehormat yang lain, berkenan melaksanakan simbolik penanaman Pokok Kurma bagi program tersebut.






Tahniah kerajaan negeri Melaka dan juga tahniah Jabatan Pertanian Negeri Melaka atas inisiatif tersebut. Bagaimana tautan kerjasama di antara kami dengan kerajaan negeri Melaka boleh terjalin..? smile emoticon Butirannya ada di pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kurma-simbolik-ke-melaka.html

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini adalah kali ketiga kami membantu dan menjadi pemudahcara simbolik penanaman Pokok Kurma bagi majlis rasmi, selepas perasmian Masjid Al-Ghufraniah di Sungai Siput (U) oleh baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Julai 2014 dan penutup program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah oleh YAB Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Bin Malek pada Disember 2014.
 — at Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai, Melaka.

No comments: