Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 2, 2015

Rangkuman 2014

Sama seperti individu dan empayar perniagaan lain, sepanjang 2014, kami juga tidak terkecuali diulit suka dan duka dalam setiap aspek kehidupan serta perkhidmatan.

Penghargaan tertinggi yang kami peroleh pada tahun 2014 adalah Pokok Kurma Ajwah bekalan kami menjadi simbolik penanaman oleh Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena perasmian Masjid A-Ghufraniah di Sungai Siput (U). Ianya ada di pautan berikuthttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html


Pencapaian tertinggi kami pada 2014 pula adalah melestarikan perlanskapan Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi dengan 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah.Info lanjut ada di pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/udoh-siyap.html


Sepanjang 2014 juga, kami menjadi pemudahcara kepada pemilikan kepada ramai pemilik Pokok Kurma di seluruh Semenanjung. Setiap negeri di Semenanjung ada wakil pemilikan. Ada yang datang dari jauh ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di Lahat, Ipoh. Ada juga pemilikan melalui penghantaran ke lokasi pemilik.


Namun sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan daripada Acheh dan Borneo termasuk Sabah, Sarawak serta Brunei. Perkara ini boleh dianggap kekhilafan kami sendiri kerana ceteknya ilmu dalam pembekalan ke lokasi-lokasi tersebut. Kami akan perbaiki dan menambah info serta input perihal tersebut dengan menjalinkan hubungan akrab dengan agensi-agensi yang berkaitan dan juga dengan individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Tahun 2014 juga menyaksikan kami mendapat tempat 'di hati' media. 2 liputan televisyen, 1 wawancara stesen radio dan 8 artikel akhbar. Terima kasih tidak terhingga atas keperihatinan media terhadap kepakaran dan perkhidmatan kami. Paparan sentuhan media-media tersebut boleh ditinjau pada pautan berikuthttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html


Dalam suka, ada juga ujian-Nya. Ujian yang paling menonjol adalah bertemakan 'Bulan Tanpa Pemilikan' iaitu pada bulan November.  Tiada langsung stok Pokok Kurma mahupun Supplimen BIO-ORGANIK beralih tangan kepada pemilik dan pelanggan pada November. Namun, syukur kami tidak terkesan dengan sekelumit ujian-Nya itu. Dia-lah jua yang mengurniakan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi pelbagai situasi. 

Sempena 2015 yang muncul semalam, kami berdoa, agar kita semua terutamanya umat Muhammad SAW, memagneti segala nikmat Kesihatan, Kebijaksanaan, Kekayaan dan Kejayaan yang melimpah ruah sepanjang 2015 ini. Yakin, Percaya, Gigih, Doa dan Tawakkal, Insha-Allah melekat-lekat pemagnetan itu. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kita Sihat, Bijak, Kaya dan Berjaya. 

No comments: