Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, January 12, 2015

Stok Pokok Sifar


8 Januari 2015 - Walaupun gambar kiriman wakil kami di Setapak ini tidak berapa jelas, namun apa yang jelas adalah stok Pokok Kurma yang ada pada beliau habis sepenuhnya.

Ini kerana, individu di dalam gambar tersebut, yang lebih mesra disapa Abang Ali dari Sungai Buloh, datang bersama anak beliau, memborong kesemua stok Pokok Kurma di kala petang. 5 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Kurma Ajwah menjadi milik beliau.

Stok yang ada dalam simpanan Tuan Alif Aizat wakil kami di Setapak kini cumalah beberapa botol Supplimen BIO ORGANIK 500 ml sahaja yang berbaki.

Insha Allah, selewat-lewatnya lagi 3 minggu suntikan stok baru kepada beliau bakal mengisi ruang yang dikosongkan oleh stok terdahulu. Kami cuma bertindak sebagai pemudahcara pemilikan di sekitar Lembah Klang. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih dan tahniah Abang Ali sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut. 

No comments: