Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, February 28, 2015

Serikandi Pewakafan Pokok Kurma


27 Februari 2015 - Penerima manfaat perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma, Pusat Jagaan Seri Setia (Warga Tua Wanita) di Rapat Setia, Ipoh, selamat menerima penanaman 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Deglet Nour dan 1 Pokok Kurma Safia pada pagi tadi.

Diinfaqkan oleh 4 orang warga kerja SSM Perak dan seorang individu dari Sentosa, Klang. Apa yang menariknya, kelima-lima dermawan tersebut adalah wanita..! smile emoticon

Tahniah sekalian warga pusat jagaan tersebut atas pewakafan. Moga Pepohon Tamar yang ditempatkan di sepanjang pagar hadapan itu terus hidup subur dan segar bugar sepanjang waktu. smile emoticon

Juga tahniah dan terima kasih serikandi-serikandi penginfak sekalian. In Shaa Allah amal jariah anda sedikit sebanyak berkeupayaan membantu pertimbangan amal anda secara pasif 'di sana' kelak. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pusat Jagaan Seri Setia boleh dihubungi melalui talian 019-564 0741 Puan Rahemah (pengasas dan pemilik).
 — at Pusat Jagaan Seri Setia.

No comments: