Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, February 6, 2015

SYFUL TAMAR di Agro Jurnal


Ahad ini, 8 Februari 2015, jam 6.00 petang di TV1, nantikan kami dalam paparan Agro Jurnal melalui naskah "Kurma Malaysia" yang penuh dengan debaran dan aksi..!

Ya, debaran. Jelas kami berdebar ketika penggambaran tempoh hari. Ini pun masih tak surut lagi. wink emoticon

Aksi..? Ya, penuh dengan keterujaan aksi..! Tapi bukanlah aksi pergelutan Rajinikanth.. Cuma aksi kerja-kerja tugasan Hang Kebun yang bergajetkan changkhol di sisi.. smile emoticon

Tidak perlu tukar saluran tv kegemaran anda pada masa itu, juga tidak perlu anda membatalkan rutin mingguan anda bersama keluarga pada ketika itu.

Dokumentari tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma itu kelak hanyalah untuk tatapan anda yang benar-benar berkelapangan menonton pada masa itu. Utamakan keluarga anda, tiada yang peri penting melainkan luangan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Kepada anda yang berpeluang menonton, ada 2 perkara yang kami perlukan daripada anda iaitu :

1. Perkongsian Info
Jika info berkaitan Pokok Kurma yang kami kongsikan nanti tidak jelas atau tidak tepat atau salah sama sekali, sila terus lontarkan teguran kepada kami samada melalui FB, emel (syful_tamar@yahoo.com) atau WhatsApp (0195709334). Manusia tiada yang sempurna, begitulah juga kami, golongan Hang Kebun marhaen ini.

2. Kaedah Penyampaian
Walaupun ini kali keempat diberi peluang menonjolkan diri di kaca tv, debaran dan gugup dalam perkongsian info masih belum pudar dalam penyampaian kami. Jadi, sila kritik kaedah penyampaian kami yang tidak efisien barangkali, yang jelas menjejaskan penerimaan dan pemahaman anda atas info-info yang dikongsikan. Penampilan kami sebelum ini adalah melalui Berita Wilayah RTM1 (Julai 2013), Majalah 3 (Jun 2014) dan Nasional5 TV1 (Oktober 2014).

Dokumentari "Kurma Malaysia" turut dijayakan melalui penampilan dan kerjasama khas oleh Puan Rodiah Khairul Gucci (penyelia Nerseri Mini Pokok Kurma), Tuan Mustafa Kamal Mat Isa (pengasas supplimen BIO ORGANIK), Puan Ummi Diera (pengasas bersama SYFUL TAMAR), Tuan Daniel Mustafa Kamal (pembantu 1), Tuan Ahmad Khairul Anuar (pembantu 2), jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh yang diketuai oleh Ustaz Syed Muzaffar (Imam Besar), Tuan Mohd Azhan Md Zain (pemilik Pepohon Tamar), Tuan Abdul Hamid Dullah (pemilik Resort Sg Perak), Tuan AizatAzlina Ahmad Rosali (pembantu 3) dan warga SMKA Kerian yang diketuai oleh Ustaz Mat Isa Saud.

Tangguh kata, selamat menonton bagi yang berpeluang, dan moga sekalian kita memperoleh buakan dan viral manfaat atas 'debaran penuh aksi' kami itu kelak. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya! Rangkuman detik-detik penggambaran "Kurma Malaysia" boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/rangkuman-penggambaran-agro-jurnal-rtm.html
 — with Khairul Wo and 3 others at Rpt Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, Perak.

No comments: