Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, April 2, 2015

Kekecewaan Ramai


1 April 2015 - Ohh.. Hmm.. Ramai yang kecewa sebenarnya. Hmm..

Bukan kami tak mahu memenuhi. Tapi kini tak terdaya memenuhi.

Dahulu ya, kami punyai 3-4 kaki ketinggian Pokok Kurma pelbagai spesis. Setinggi anak-anak kecil yang sudah mampu berlari.

Namun, selepas perkongsian info kami didedahkan dalam akhbar KOSMO! AHAD pada 29 Jun 2014, kadar Pokok Kurma setinggi itu semakin menyusut.

Lebih terkesan setelah dokumentari berkaitan Kurma di Malaysia melalui MAJALAH 3, yang mana paparan tentang kami terselit selama 14 minit dalam program tv yang berdurasi selama 1 jam itu pada 30 Jun 2014.

Sejak itu, hanya Pokok Kurma berketinggian 2-3 kaki sahaja yang 'menginap' di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Kini, hanya berbaki Pokok Kurma yang berketinggian 1-2 kaki sahaja. Ini kerana, impak daripada tayangan AGROJURNAL di TV1 melalui naskah yang bertajuk "KURMA MALAYSIA" pada 8 Februari 2015, memaparkan dokumentari tani kami selama setengah jam. Berulang siar beberapa kali sepanjang Februari 2015.

Maafkan kami Tuan Azri dan Puan Alina, sekadar itu sahaja ketinggian 3 Pokok Kurma Ajwah dan 2 Pokok Kurma Madu dalam gambar di atas yang terdaya kami hantar ke rumah pasangan suami isteri ini di Tambun Heights, Ipoh. Syukur kedua-dua mereka tetap gembira dan berpuas hati.

Moga Pepohon Tamar tersebut sentiasa subur dan segar bugar di keluasan tanah lanskap sekeliling kediaman mewah mereka.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Liputan dan terbitan artikel pelbagai medium media tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html
 — at Tambun Heights, Ipoh.

No comments: