Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, May 4, 2015

Teroka Belantara Konon... ;-)


4 Mei 2015 – Kami dihubungi oleh Puan Hjh Nor Zakiah Abd Rahman beberapa hari lepas. Beliau memerlukan khidmat kami bagi pengindahan semula dan penyelenggaraan Pokok Kurma milik beliau sejak 20 Julai 2014. Peristiwa pemilikan tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/rangkuman-kembara-ramadhan…
Kami menggunakan kesempatan luangan masa waktu Dhuha sebentar tadi untuk berkunjung tandang ke kediaman Puan Hjh Nor Zakiah. Pokok Kurma milik beliau sangat subur. Beliau hanya menjaga kadar siraman. Rupa paras pokok tidak berkemas. Turut diintimi semak samun. Tidak berbaja, tidak juga diselenggara.
Kami bukan buat apa sangat pun. Hanya menyah rupa seakan-akan hutan belantara kepada paras seakan-akan tanah yang baru diteroka. Juga ditonikkan dengan semburan Supplimen BIO-ORGANIK agar Pokok Kurma istiqomah subur dan segar-bugar. smile emoticon
Jika anda juga pemilik Pokok Kurma, kami tidak rekemen khidmat dan kepakaran kami dalam 'make over' Pokok Kurma anda. Ini kerana caj yang kami kenakan boleh tahan tinggi nilainya, lebih-lebih jika Pokok Kurma tersebut sudah besar dan matang.
Bagi kes Puan Hjh Nor Zakiah, beliau kurang kemampuan mengurus selia sendiri akibat faktor usia yang sudah mencecah 7 abad. Juga tiada waris tinggal bersama beliau, yang mampu melaksanakan kerja-kerja tersebut secara berkala. Disebabkan itulah kepakaran kami ditagih.
Anda juga boleh aplikasi kepakaran tersebut dengan 'make over' Pokok Kurma anda sendiri.
Bagaimana..?
Kami kongsikan secara PERCUMA..! Ya, PERCUMA..! 100% PERCUMA..! Aplikasikannya secara PERCUMA di pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Perkongsian tersebut turut ideal diaplikasi kepada tanaman anda yang lain. Selamat mengaplikasi dan mempraktis. smile emoticon

No comments: