Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 24, 2015

Kurma RTM


23 Jun 2015 - Sempurna sudah majlis serba ringkas Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di RTM Perak pagi tadi. Majlis tersebut merupakan penutup kepada program JELAJAH RAMADAN RTM di negeri Perak sebelum konvoi jelajah berlepas pula ke negeri Selangor.

Penyempurnaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dimulakan dengan Pokok Kurma Ajwah oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria.

Seterusnya, juga Pokok Kurma Ajwah oleh Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Sahibul Fadhilah Haji Abdul Farid Bin Mohd Salleh.

Yang ketiga, Pokok Kurma Shafawi oleh Pengurus Radio Klasik, Tuan Haji Mohamed Ayob Bin Syed Mohamed bersama Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Tuan Haji Zazmi Bin Mohd Zain.

Yang keempat, Pokok Kurma Mariami oleh Ketua Bahagian Rancangan, Encik Ahmad Fauzi Bin Ramli.

Yang terakhir, Pokok Kurma Madu oleh Jurutera Penyiaran, Encik Mohd Rizman Bin Sultan Mohd.

Tahniah dan terima kasih NURMARSHA ENTERPRISE atas pewakafan Pepohon Tamar bagi program tersebut.

Juga tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh warga kerja RTM Perak atas satu lagi tempaan sejarah unik beraras tinggi dalam intipati program JELAJAH RAMADAN RTM impak daripada penanaman POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Kami pula cuma Hang Kebun pemudahcara pemilikan dan pewakafan Pepohon Tamar.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Untuk melihat lebih banyak paparan bergambar program tersebut, sila klik (di sini).

No comments: