Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, June 18, 2015

TV1 SPM : Pokok Kurma Rai Ramadhan

Rupa-rupanya, liputan perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar telah bersiaran pada pagi 17 Jun 2015 dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1. smile emoticon
Kami sendiri terlepas tontonan disebabkan tidak mengetahui info penyiarannya. Namun syukur, kami dibantu oleh RTM Perak bagi mendapatkan 'print screen' siaran liputan tersebut. Bagi tinjauan lebih banyak paparan 'print screen' siaran tersebut, sila klik (di sini). 
smile emoticon
Dengan penyiaran itu, jelas di sini yang modus operandi amal dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ini diiktiraf dan menepati piawaian siaran tv di RTM. Mengisi slot di SPM pula tu. 
wink emoticon
Tahniah dan terima kasih kepada RTM Perak serta pihak jawatankuasa dan khairiah Masjid Hidayatul Ummah atas paparan di TV1 ini. Kami sedang ikhtiarkan pemilikan salinan siarannya untuk perkongsian umum kelak. 
smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Kami mengalu-alukan kecenderungan anda untuk libat rasa sama dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 
smile
 emoticon


No comments: