Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, August 18, 2015

Gegelung Besi Penghalang Noda

16 Ogos 2015 - Pada hari yang sama pemilikan Pepohon Tamar oleh Cik Noor Azwa, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/kurma-kediaman-warisan.html, turut ditempah oleh beliau adalah 'Gegelung Besi Penghalang Noda' khusus buat Pepohon Tamar di halaman kediaman beliau.
Binaan gegelung besi tersebut sangat ringkas namun kukuh ditaut dengan pasakan kayu.
Ianya satu keperluan bagi perlindungan pokok, sekiranya anda mengalami 3 situasi berikut :
1. Halaman/tanah anda berpotensi dimasuki haiwan ternakan seperti lembu dan kambing atau haiwan liar seperti πŸ— dan πŸ’.
2. Dibimbangi dilanggar atau digilis kenderaan ketika melalui lokasi tanaman di halaman/tanah anda.
3. Perlindungan daripada kerja-kerja mesin rumput dan penyelenggaraan halaman/tanah anda.
Dirikan gegelung besi tersebut mengikut kreativiti anda sendiri.
Letakkan loceng atau tin minuman bagi tujuan pengesanan mahupun menakut-nakutkan haiwan ke.
Nak tambah jaring di bahagian atas gegelung sebagai perlindungan maksima ke.
Nak hiasi dengan riben atau manik bagi kelihatan feminim ke.
Nak meriahkan dengan tengkolok atau tuksedo untuk kelihatan maskulin pun boleh. πŸ˜†
Ikut suka dan citarasa anda. Gegelung besi tanaman milik anda kannn...πŸ˜„

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih daun Kurma ya Cik Noor Azwa. Jumpa kita lagi 2 bulan bagi sesi ADAB KHUSUS PENYELENGGARAAN POKOK KURMA pula ya.πŸ˜ƒ

No comments: