Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, August 31, 2015

Inisiatif Nukil Penghargaan

30 Ogos 2015 - Kami peroleh hadiah sempena Kemerdekaan negara, bilamana dijemput jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, untuk meninjau papan info penanaman Pepohon Tamar di situ.

Oh, ya! Sebelum itu, kami telah bertautan dengan pihak masjid tersebut dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pada Jun lalu, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/08/selamat-pagi-malaysia-spm-projek-wakaf.html.

Pihak masjid baru sahaja mengambil inisiatif memasang paparan info penanaman bagi setiap Pokok Kurma. Yang kami anggap hadiah adalah, info kami turut terselit dalam paparan info itu. 


Bukan itu sahaja, bonus buat kami apabila gambar-gambar saat-saat manis semasa perlaksanaan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA turut dipaparkan pada papan info di pintu masuk ruang solat. 


Terima kasih pihak jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah atas nukil penghargaan dan tanda keraian yang bukan sahaja ditujukan kepada gerak kerja kami, malah juga buat 2 pewakaf yang sudi mewakafkan kelima-lima Pokok Kurma itu, iaitu Tuan Akashah, individu yang berada di Jeddah serta Nurmarsha Enterprise, empayar niaga produk kekabu asli di Kuala Kangsar. Tahniah kesemuanya. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih daun Kurma.

No comments: