Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, August 20, 2015

Kurma Berbuah di Jerantut

18 Ogos 2015 - Selepas mengesan Pokok Kurma berbuah di Bukit Besi, Terengganu seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/kurma-berbuah-di-bb-ganu.h…, Tuan Zahari sekali lagi membuat penemuan Pohon Tamar nan berbuah, kali ini di Masjid Besar Jerantut, Pahang. πŸ‘πŸŒ΄
1 daripada 4 Pokok Kurma di situ telah mengeluarkan hasil. Namun masih berstatus putikan kecil yang melebat.
Sekiranya anda berpeluang ke Masjid Besar Jerantut kelak, sila tahan diri daripada memetik putikan tersebut. Kecuali berlaku kes 'urgent' yang tidak dapat ditahan-tahan.
Sebagai contoh kes, ibu hamil tiba-tiba mengidam nak mengunyah putik Kurma. Kalau berlaku situasi sedemikian, sila rujuk kepada pihak jawatankuasa masjid ya. πŸ˜„
Tahniah sekalian warga Jerantut secara amnya dan pihak jawatankuasa serta khairiah masjid secara khususnya, atas pengeluaran hasil Pokok Kurma di situ. πŸ‘πŸŒ΄
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Sila hubungi Tuan Zahari yang merupakan wakil kami di Kuantan, samada untuk pengesahan perkara tersebut ataupun pelunasan hajat anda dalam pemilikan Pokok Kurma di talian 0139019116.

No comments: