Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, August 29, 2015

Kurma Masjid Ridzuaniah

28 Ogos 2015 - Puan Sariah Binti Hashim, merupakan salah seorang warga kerja Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat.

Penghormatan tertinggi buat Puan Sariah, apabila ditakdirkan menjadi individu yang menyempurnakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma yang PERTAMA di Masjid Ridzuaniah.


Pokok Kurma pertama itu adalah spesis Ajwah (Kurma Nabi). Ada 5 Pokok Kurma keseluruhan - 2 Ajwah, 2 Madu (Bam) dan 1 Mariami (Piarom).

Diwakafkan oleh KELUARGA 37, HAJI AMIR SHARIFFUDDIN KHALID dari Ipoh dan MN ENTERPRISE dari Padang Rengas, melalui program PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 

Diselia tanam dalam kelubung (gelung konkrit) atas permintaan pihak masjid. Tersergam indah kelima-limanya menghadap pagar dalam kawasan masjid.

Tahniah pihak jawatankuasa serta khairiah Masjid Ridzuaniah atas pemilikan Pepohon Tamar wakaf dan inisiatif pemasuannya.

Terima kasih daun Kurma KELUARGA 37 dan MN atas pewakafan Pepohon Tamar tersebut. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami pula hanyalah Hang Kebun pelaksana amanah dan pemudahcara pemilikan serta pewakafan tanaman ikon Timur Tengah itu.

No comments: