Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, August 1, 2015

Kurma PERDASAMA Perak


31 Julai 2015 - ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA merupakan simbolik perasmian pejabat operasi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak sempena "Sambutan Aildilfitri PERDASAMA Perak" di Arked Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (Arked MPKK).
Dilaksanakan oleh Presiden PERDASAMA Nasional, Dato' Moehamad Izat Bin Emir (berbaju Melayu lengkap) bagi Pokok Kurma Ajwah dan Yang Dipertua PERDASAMA Perak, Puan Suhaida Binti Mohd Hashim (berjubah hitam putih) bagi Pokok Kurma Madu.
Terima kasih dan tahniah PERDASAMA Perak atas tautan kerjasama kali ketiga bersama kami pada tahun ini dengan memberi sepenuh kepercayaan dalam pemudahcara ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA bagi simbolik perasmian tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Lancar, meriah dan selesai dengan jayanya. smile emoticon

No comments: