Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, August 6, 2015

Tonik Pokok Pak Haji


3 Ogos 2015 - Sementara menanti waktu tengahari untuk penghantaran item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' melalui bas ekspres dari Ipoh ke Alor Setar dan Temerloh, kami membuat penghantaran khas 1 liter Supplimen Organik Pokok Kurma kepada Tuan Haji Abdul Rahim yang mesra disapa Pak Haji, di stesen Petronas, RPT Jelapang.

Ini tautan niaga kedua diantara Pak Haji dengan kami. Sebenarnya kami berasa pelik. Tautan niaga pertama sebelum ini, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kurma-terikan-mentari.html, beliau sudahpun miliki 500 ml Supplimen Organik Pokok Kurma. Isipadu sebanyak itu cukup digunapakai selama berbulan-bulan bagi Pepohon Tamar beliau yang masih berketinggian 1 kaki lebih.

Rupa-rupanya, bukan sahaja disembur kepada Pepohon Tamar tersebut, malah Pak Haji dok pulon guna juga kepada semua tanaman dan pokok di rumah anak beliau, rumah beliau sendiri dan di tanah kebun beliau. Patutlah... 😄

"Pokok-pokok Kurma tu naek elok, subo. Pak Haji cube le pakei kat pokok-pokok laen. Udoh pokok-pokok lain tu pon elok same."

Begitu ceritanya ya Pak Haji. 👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen Organik Pokok Kurma tiada magis, hanya ikhtiar kudus. Kami ada tekankan perihal ini pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/tiada-magis-hanya-ikhtiar-kudus.html
 — feeling Syukur.

No comments: