Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, September 23, 2015

Gugusan Wakaf PERDASAMA Perak

Terima kasih Tuan Sharul Fikri Aznir (memegang penyiram), empunya empayar Sayong Resort yang sudi membantu dalam protokol DiRaja pada pagi Jumaat semalam.


Beliau mengetuai Simbolik Penanaman DiRaja Pokok Kurma Ajwah oleh DYAM Tuanku Raja Dihilir Perak di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Kokurikulum Madrasah Idrisiah 2015.


Pokok Kurma Ajwah tersebut merupakan item wakaf di bawah program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK cetusan Perdasama Perak yang... diilhami YDPnya, Puan Sue Hashim.
Terima kasih dan tahniah ya Tuan Fikri. Sudah pasti majlis DiRaja batch CSKK9599 di Sayong Resort pada 3 Oktober nanti berjalan lancar dan 'stedi'.


Tahniah juga buat PERDASAMA Perak atas inisiatif program wakaf dan kebajikan yang dirintis. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat PERDASAMA Perak yang peri prihatin.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Untuk meninjau lebih paparan bergambar, sila klik (di sini).

No comments: