Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 29, 2015

Derap Mula Fasa 2


28 Oktober 2015 - Diskusi petang di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) bersama Imam Utama, Ustaz Syed Muzaffar tentang PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bagi perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2.

Ustaz Syed Muzaffar menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada para Dermawan Wakaf yang telah merealisasikan kewujudan Laman Kurma MSAS Fasa 1 tempoh hari. Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada bakal Dermawan Wakaf untuk perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2 pula selepas ini.

Ukur tanda dibuat sejurus selepas pertemuan. Lokasi Laman Kurma MSAS Fasa 2 berhampiran dengan mesin ATM Bank Islam. Sebanyak 21 Pokok Kurma mampu dilestarikan di lokasi tersebut.

Selaku pemudahcara perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2 melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia', dengan rasa rendah hati, kami buka ruang buat sekalian anda, untuk turut serta berwakaf Pokok Kurma bagi tujuan tersebut.

Walaubagaimanapun, 3 kuota telah sedia diisi oleh seorang Dermawan Wakaf dari Kuala Lumpur. Berbaki cuma 18 kuota Pokok Kurma sahaja lagi untuk diwakafkan.

Santuni kami melalui WhatsApp atau panggilan terus di talian 0195709334. Juga boleh melalui PM di FB Page ini. In Shaa Allah, kami bantu dengan pencerahan jitu. 👍🏻🌴


Syful Tamar (ST)
🌴 POKOK KURMA 'Made In Malaysia  🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 1 boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/laman-kurma-msas.html dan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/syok-berhujan.html
 — looking for a great workout atMasjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

No comments: