Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 26, 2015

Kurma Rai Pengetua


19 Oktober 2015 - Berkursus di Bandar Melaka sejak hari Sabtu. Petang bertolak pulang ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Jam 9.30 malam singgah di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh bagi pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah, 3 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen Pokok Kurma.

Pemilikan oleh Tuan Mohd Rosli itu adalah mewakili sekolah beliau, SMKA Al-Irshad, Kepala Batas. Ianya sempena simbolik penghargaan tertinggi kepada kepada perkhidmatan Pengetua, Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Hamid yang bakal bersara pada 27 Oktober ini.

Moga Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma Nabi (Ajwah) oleh Tuan Haji Abdul Halim itu berjalan lancar kelak. Dan apa yang paling menarik, penanaman itu nanti merupakan Pokok Kurma pertama di bumi bertuah SMKA Al-Irshad. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Mohd Rosli serta keseluruhan warga SMKA Al-Irshad atas inisiatif tersebut. 👍🏻😃🌴
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments: