Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, October 24, 2015

Pokok Kurma Maal Hijrah


14 Oktober 2015 - Sejurus Zuhur 1 Muharram 1437 H, Nerseri Mini Pokok Kurma kami dikunjungi Tuan Salleh sekeluarga dari Seri Manjung.

Pegawai TNB yang berasal dari Yan ini, telah berkhidmat di Seri Manjung sejak 2001. Mula menyantuni perkongsian kami tentang Pepohon Tamar sejak 2013.

Kemuncak penyebab yang mendorong kunjungan Tuan Salleh adalah apabila terbaca artikel tentang kami di Utusan Malaysia. Artikel tersebut berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/07/utusan-malaysia-tamar-malaysia.html.

Dalam kunjungan itu, Tuan Salleh membawa pulang 2 Pokok Kurma Medjoul, 2 Pokok Kurma Madu dan 3 liter Supplimen Pokok Kurma yang dipilih secara diskusi bersama anak dan isteri beliau. 😃👍🏻🌴

Kami anggap, kunjungan dan pemilikan beliau itu adalah salah satu keraian yang munasabah untuk kami, atas pengesahan unit 'Bio Security' Jabatan Pertanian Negeri Perak sehari sebelum itu, yang merumuskan Pepohon Tamar di Nerseri Mini Pokok Kurma kami adalah sifar kumbang jalur merah dan bebas daripada sebarang penyakit.👍🏻😃🌴


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Salleh sekeluarga atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃
— feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments: